FACE PAINTING TU APE???

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Persoalan di atas selalu di tanya oleh sesiapa yang saya jumpa bila saya nak promote face painting. Ada yang tanya, ''Face Painting tu mcm make-up ke?'' Ada juga yang tanya ''Kenapa nak buat face painting ni?'' OK...Saya faham sangat kenapa ramai yang tak tau apa itu face painting kerana ianya belum menjadi satu budaya di Malaysia. Carilah di yahoo atau google, yang keluar adalah gambar, laman web atau video dari luar negara kebanyakannya dari Amerika Syarikat. Mengikut kajian yang saya lakukan (poyo la pulak), sikit je yang saya jumpa blog/laman web dari Malaysia yang menawarkan khidmat face painting ini.

Face painting ataupun dalam Bahasa Melayu disebut lukisan di atas muka adalah satu seni lukis yang unik di mana seperti kebiasaan bagi kita untuk melukis adalah di atas kertas atau kanvas tetapi muka individu (atau mungkin di tempat lain seperti tangan) yang dijadikan sebagai tempat untuk dilukis. Seperti tattoo, tetapi tak kekal dan boleh dibuang serta merta kalau nak. Kalau taknak buang nak pakai pergi ofis pun ok jer... (ade ku kesah??hehehe). Warna atau produk yang digunakan biasanya berasaskan air dan bukan minyak dan ianya khas untuk lukisan di atas muka. Amaran: Jangan memandai pulak nak guna water colour, akrilik atau cat minyak!! Rosak muka tu nanti. Mengenai produk yang digunakan, akan saya tulis di kolum yang lain. 


Sama ada anda perasan ataupun tidak sebenarnya face painting ni dari zaman nenek moyang lagi dah ada. Cuba tengok suku kaum di seluruh dunia seperti New Zealand, Australia dan negara-negara Afrika, kan ada conteng-conteng muka dan badan (yang ni dipanggil body painting). Kalau di zaman moden ni pulak, orang buat face painting ni masa tengok bola atau sukan yang lain, Halloween, Parti Hari Jadi dan sebagainya. Body painting pulak orang buat untuk karnival, perarakan, demontrasi lepas tu jalan kaki atau naik basikal ramai-ramai, penuh satu badan seperti World Bodypainting Festival di Austria dan Face Painting and Body Art Convention di Las Vegas. Bayangkan.... Tapi saya tak buat ye satu badan. Ko gile ke ape?

Di Malaysia, kalau anda nak tengok face painting ni memang susah. Yang buat cuma badut je. Kan badut tu lukis muka dia putih dan merah. Ini dikira face painting la jugak.





Setakat ni, belum lagi ada orang mintak saya lukis macam badut ni tapi kalau ada pun saya taknak buat. Kenapa?? Sebab biasanya majlis seperti hari jadi, dah ada badut yang dipanggil oleh tuan rumah. Kalau ada yang mintak saya lukis muka dia macam badut, nanti orang keliru mana satu badut yang betul dan nanti badut tu takde kerja pulak. Kan? Kan? Saya biasanya akan bawa gambar-gambar contoh untuk dipilih. Budak lelaki biasanya suka design Spiderman dan ular. Dan kalau perempuan yang paling banyak, butterfly. 


Jadi, marilah meriahkan suasana majlis anda dengan memanggil saya untuk buat face painting. Renung-renungkanlah, anda pasti gembira...





No comments:

Post a Comment

Adbox