KL Bird Park

Siapa pernah ke Taman Burung Kuala Lumpur / KL Bird Park?


Taman ini dikenali juga sebagai ''World's Largest Free-flight Walk-in Aviary" atau "Sangkar Terbang Bebas Terbesar di Dunia''. Taman ini terletak di celah-celah kota Kuala Lumpur berhampiran Taman Tasik Perdana dan boleh juga melalui Masjid Negara. Dianggarkan terdapat lebih 3000 ekor burung 200 spesis dalam dan luar negara tinggal dan hidup di dalam taman seluas 20.9 ekar. Saya pasti walaupun tinggal di Kuala Lumpur, masih ramai yang tidak pernah sampai ke sini. Pergi la, tak rugi punya.....


Kenapa saya cerita pasal taman burung pulak ni? 






Mestilah sebab face painting. Gambar di atas adalah birthday girl yang diraikan. Majlis ini telah berlangsung dengan meriahnya di restoran yang terdapat di taman burung tersebut iaitu Hornbill Restaurant & Cafe.




Seronok kan? Tak lari pun burung tu. Cuba anda hulur tangan macam ni kat burung gagak yang duduk di atas pagar rumah. Hehehehe....


Oh, maafkan saya!!!!!!

Saya tak sempat untuk tangkap gambar face painting kanak-kanak yang lain kerana terpaksa mengejar masa untuk aktiviti mereka yang seterusnya iaitu berjalan-jalan di dalam taman tersebut. 

Akhir kata, terima kasih kerana sudi memanggil kami untuk memeriahkan majlis anda. 

Jumpa lagi.

Achik sayang anda semua....!!!

No comments:

Post a Comment

Adbox