Karnival Jalur Lebar

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menganjurkan Karnival Jalur Lebar pada bulan Oktober 2011 - Januari 2012 yang lalu. Karnival ini telah diadakan di beberapa lokasi seperti Sarawak, Sabah, Johor, Pahang, Terengganu dan Perak.


Dalam banyak-banyak lokasi ini, Achik Face Painting telah berpeluang untuk menconteng muka pengunjung di Sibu (29 - 30 Oktober 2011), Tawau (26 - 27 November 2011), dan Kota Tinggi (3 - 4 Disember 2011). Terima kasih Uncle Belon kerana sudi membawa kami. Untuk anda yang tidak tahu, Uncle Belon adalah antara clown terbaik di Malaysia. Bukan sahaja hebat membuat belon, juga hebat dalam silap mata. Yang paling penting, sangat kelakar.  


Pemandangan dari hotel - Sungai Sarawak

Suasana pada pagi hari pertama

Uncle Belon bersama peminat

Persediaan sebelum kami diserbu

Ramainya nak belon dari mereka

Hari kedua - belum mula budak-budak dah tunggu sebab tak dapat pada hari pertama

Booth kami berkongsi bersama Animasi Mania

Hentian teksi Sibu

Wisma Sanyan 





Upin & Ipin


Inilah antara gambar-gambar yang sempat ditangkap. Semua gambar di atas adalah semasa kami berada di Sibu, Sarawak. Gambar-gambar di Tawau dan Kota Tinggi? Lebih kurang sama je suasana dia...

Akhir kata, terima kasih kepada pengunjung di Sibu, Tawau dan Kota Tinggi kerana sabar menunggu untuk dilukis muka mereka. Kepada yang tak dapat atau tak sempat, kami mohon maaf. Kami juga manusia biasa... Hehehe!!!!

Segak bergaya berbaju celoreng
Untuk berjumpa kekasih hati
Panggillah kami datang menconteng
Boleh kita berjumpa lagi


No comments:

Post a Comment

Adbox