Material atau Bahan Untuk Face Painting



Material dan bahan yang kami gunakan merupakan antara perkara yang tidak pernah terlepas dari persoalan buat para ibu bapa kepada artis kami. Boleh dikatakan setiap majlis atau acara yang kami hadiri, soalan berkenaan bahan yang kami gunakan akan ditanya, terutamanya warna / color yang kami gunakan.



"Selamat ke color ni?''

''Ini watercolor biasa kan?''

''Balik rumah nanti, kalau anak saya nak lagi, boleh ke saya buat guna color yang anak saya pakai di sekolah tu?''

Ini adalah antara persoalan popular yang sering diajukan kepada artis kami. Walaupun beribu kali kami diajukan soalan begini, kami tidak pernah jemu menjawab kepada mereka.

Ya, sebagai ibu bapa, kita perlu tahu apa bahan yang digunakan untuk diletakkan di atas muka atau kulit anak-anak anda. Ini sangat penting kerana kita tidak mahu sesuatu yang tidak diingini terhadap kulit anak-anak kita di kemudian hari.


Sebagai Professional Face Painting di Malaysia sejak 2010 ini, kami amat menitikberatkan tentang material atau bahan yang kami gunakan.

Untuk warna / color , selain produk yang berkualiti, kami juga akan pastikan ianya KHAS dan SELAMAT untuk kulit serta mengikut standard yang diperakui oleh EU dan US FDA.

Bahan / Material kedua yang penting untuk face painting adalah berus. Untuk pengetahuan anda, berus yang kami gunakan adalah jenis yang berkualiti tinggi. Berus khas untuk kegunaan face painting atau watercolor sahaja yang sesuai untuk face painting dan ianya tidak sama dengan berus yang digunakan oleh anak-anak di sekolah.




Adakah bahan-bahan / material ini MURAH?

Semestinya, apapun produk yang amat berkualiti, ianya tidak murah. Adakalanya, ada ibu bapa yang pergi ke kedai kraf, kedai lukisan atau kedai parti, terjumpa color untuk face painting dan dijual dengan harga yang amat murah. Pernah kami jumpa, satu tiub color hanya berharga RM5 sahaja.

Ini menjadikan ada antara ibu bapa yang merasakan inilah bahan / material yang kami gunakan untuk face painting. TIDAK SAMA SEKALI!!!



Professional Face Painter hanya akan membeli produk yang professional juga.

Jika kita melihat servis lain pula, contohnya makeup artis, adakah anda perasan ada bahan yang murah di kedai-kedai tepi jalan, dan ada bahan yang mahal di kedai makeup terkemuka.

Pada pandangan anda, bahan dari kedai mana yang digunakan oleh makeup artis professional untuk solek pelanggannya?  

Begitu juga kami, malahan kami lebih susah lagi kerana bahan / material untuk face painting yang kami gunakan hanya terdapat di luar negara sahaja. Di Malaysia, hanya terdapat jenama tertentu sahaja yang berkualiti.

Selain harga yang mahal ( di darab dengan tukaran wang juga), kos pos juga sangat mahal.

------------
IKLAN
------------

DAPATKAN PRODUK FACE PAINTING BERKUALITI, KINI BOLEH DIDAPATI DI MALAYSIA.

Layari

https://myfacepaintshop.blogspot.com/

instagram @myfacepaintshop

atau

telefon / whatsapp 019-2422684

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Warna dimasukkan ke dalam bekas yang lebih kecil untuk menjimatkan ruang 

Mengapa kami bersusah payah untuk mendapatkan produk-produk ini dari luar negara adalah kerana ianya sangat berbeza dengan produk-produk yang murah, ia senang digunakan, cantik dan rata di atas kulit, warna yang terang, cepat kering, menjadikan kami pantas bekerja, mudah dicuci dan paling penting ianya SELAMAT.


Setiap artis Achik Face Painting menggunakan kotak seperti ini


Buat para ibu-bapa, semoga info ini menjadi panduan buat anda ketika memilih servis face painting untuk majlis anda.

Terima kasih dan jumpa kami di majlis anda nanti.




Achik Face Painting
019-2422684
achikfacepainting@gmail.com


*ditulis oleh Hakam Rahmad






No comments:

Post a Comment

Adbox