Sebagai ibu
bapa, kita pastinya mahukan yang terbaik untuk majlis hari jadi anak kita.
Sebelum majlis, pastinya kita akan sibuk untuk mencari katering, dekorasi dan
aktiviti yang menyeronokkan semasa majlis berlangsung.
Face
Painting sejak kebelakangan ini sangat popular di kalangan masyarakat
terutamanya ketika majlis hari jadi.
Kami, Achik
Face Painting yang bermula sejak tahun 2010 menjadi saksi bagaimana masyarakat
telah mula tahu apakah itu Face Painting. Kerana itu, banyak juga face painter
yang telah lahir kebelakangan ini.
Selain
merancakkan industri Face Painting di Malaysia, fenomena ini juga telah
menjadikan pilihan yang banyak buat anda.
Jadi,
kriteria yang bagaimanakah yang harus anda pertimbangkan ketika ingin mengambil
khidmat Face Painting ini?
Perkara
pertama yang paling difikirkan sebelum membuat keputusan, adalah harga
perkhidmatan yang ditawarkan. Kami juga pasti, sebagai pengguna yang bijak,
kita akan membuat survey ke atas beberapa Face Painter yang ada. Di dalam apa
bidang sekalipun, harga perkhidmatan pastinya ada sedikit perbezaan.
Jadi,
adakah jika kita dapat perkhidmatan Face Painting yang paling murah akan menjadi
pilihan kita?
Adakah juga
dengan membuat carian dengan kata kunci ‘face painting murah’ atau di
sosial media menggunakan #facepaintingmurah terus menjadi pilihan?
TUNGGU
DULU!!!
Sebagai
Face Painter, kami akan berikan kepada anda beberapa perkara yang patut anda ambil
kira sebelum mengambil perkhidmatan Face Painting.
- · Produk atau material yang digunakan – ini adalah perkara yang paling penting yang perlu anda pastikan. Kami tidak menggunakan sebarangan produk. Pastinya, produk yang kami gunakan adalah selamat untuk kulit terutamanya kanak-kanak. Kami menggunakan produk professional, NON-TOXIC, dan Waterbased seperti yang digunakan oleh Professional Face Painter di seluruh dunia serta mendapat kelulusan daripada badan-badan yang dipercayai seperti EU & US FDA. Produk yang kami gunakan juga tidak melekit, tidak berbau busuk, tidak terasa berat, cepat kering dan sangat mudah dicuci. Ia juga bukan produk murahan yang boleh didapati di kedai-kedai seni dan kedai serbaneka. Buat pengetahuan anda juga, sejak kebelakangan ini, kami sendiri pergi ke luar negara untuk mengambil stok kami. Ini untuk memastikan kami mendapat produk yang original dan terbaik buat anda. Selain factor tukaran wang asing, kos kapal terbang dan lain-lain kos, warna yang kami gunakan berharga puluhan hingga ratusan ringgit setiap satu warna. Ia tidak murah bukan?
- · Beribu-ribu jam pengalaman – seperti seorang juruterbang, semakin banyak jam di atas awan, semakin tinggi keyakinan para penumpang. Pengalaman bukanlah sesuatu yang boleh ditipu. Sebagai Face Painter yang Professional sejak 2010, pengalaman kami sangat luas. Kami telah berhadapan dengan pelbagai situasi, pelbagai majlis, karnival dan lain-lain. Pengalaman itu mahal, setuju?
- · Pelukis yang professional – kerana kami professional, kami tidak mengambil mudah dan sambil lewa ketika berkhidmat. Setiap yang menempah, kami akan memberikan pelukis professional terbaik kami buat anda. Pernah beberapa kali kami mendapat panggilan dari pelanggan yang meminta kami datang ke majlis mereka untuk menggantikan face painter yang ditempah awal tetapi membatalkan kedatangan. Jika kecemasan, tidak mengapa tetapi membatalkan kedatangan kerana mendapat job di tempat lain. Sangat tidak professional bukan? Dengan kami, anda tidak perlu risau. Jika berlaku kecemasan sekalipun, kami akan mencari pengganti. Paling penting, pengganti tersebut juga professional dan melepasi tahap piawaian kami yang ketat.·
- Beribu-ribu jam latihan – untuk mencapai tahap professional, pastinya kami memerlukan latihan yang berterusan. Kami telah berlatih sejak dari hari pertama kami menjadi Face Painter sehingga sekarang. Ini untuk memastikan kami sentiasa up-to-date dengan perkembangan face painting di seluruh dunia serta watak-watak atau tema yang terkini. Selain berlatih sendiri, kami juga menghadiri kelas-kelas di luar negara untuk menajamkan lagi skill kami. Dan pastinya, yuran pembelajaran kami tidak murah.
- Pantas - Kerana latihan juga, kami dapat melukis dengan pantas. Secara purata kami hanya perlukan 1 – 5 minit sahaja untuk setiap wajah. Tetapi, KUALITI dan hasil lukisan tetap kami titik beratkan. Kerana kepantasan kami, tetamu terutamanya kanak-kanak tidak perlu lama menunggu giliran mereka. Apa erti harga murah jika ramai tetamu yang tak dapat dilukis malah, ada yang menghadkan jumlah pula untuk tempoh 2 atau 3 jam tersebut.
Kesimpulannya,
sebelum anda mengambil perkhidmatan Face Painting untuk majlis anda, pastikan
perkara-perkara di atas diambil kira terlebih dahulu. Dapatkan yang terbaik buat
majlis anak anda. Selain menggembirakan anak anda, pastinya rakan-rakan mereka
atau anak-anak tetamu anda turut gembira. Ini akan membuatkan majlis anda akan
diingati dan menjadi memori yang manis buat semua yang hadir.
Harga kami
sangat berpatutan dengan harga pasaran. Tidak terlalu tinggi, tetapi tidak
terlalu rendah. Bersesuaian dengan kerja keras kami selama ini. Namun, pilihan
di tangan anda. Lakukan perbandingan dengan yang lain dan pilihlah yang terbaik
mengikut kata hati anda. Jika ada rezeki kami, berjumpalah kita nanti.
Achik Face
Painting
Kuala
Lumpur, Malaysia
019-2422684
(www.wasap.my/60192422684)
achikfacepainting@gmail.com
No comments:
Post a Comment