WHO WE ARE
Painting has
always been our hobby, ever since we were kids. It’s therapeutic and a lot of
fun.
We realised,
too, that selling works of art can provide an additional source of income. From
the humble beginnings of selling a simple caricature that costs between 50 sen
and RM1, we progressed to selling intricate paintings that proudly decorate
various homes today. We are certainly no strangers to the diverse mediums that
bring life to the art we create, whether it is pencil or charcoal, watercolours
and pastel colours as well as acrylic paint.
As we continued
to explore face painting as an avenue for us to grow our skills, it dawned upon
us that this was much more than just about creating art.
Face-painting
brings happiness to people. It is an experience that is worth much more than
the weight of gold. To see little children bubbling over with happiness at the
sight of a unicorn or a rainbow or a superhero on their rosy cheeks produces an
indescribable joy in our hearts. And the emotion never stops at just them. We
have seen the equal amount of happiness radiate from their parents and adults
of all ages. That’s when it became clear to us that what we do is incredibly
important in enhancing the spirit of the community.
Our first
face-painting venture was slightly nerve-wracking. We had done a lot of
research and scoured all parts of the country to find the most suitable paints,
brushes and palettes, although most proved to be of inferior quality. We
selected the best and went on with it. The day finally arrived, and we
diligently set forth to paint the faces of the first few kids at the party
under the watchful eyes of their mommies and daddies. Although it was hard to stay calm, we finally
pulled through. The sense of pride we felt at the end of the party triggered us
to dabble in this seriously and invest in quality material that elevates our
work.
We started to
reach out to potential clients through social media like Facebook and a couple
of ad spaces. Families and friends were the first to lend their support and
also acted as our brand ambassadors through the sharing of photos of our
face-painting efforts. We didn’t exactly have a name yet for our brand but
after some thought and taking into account the spirit of closeness and family
ties that face painting brings, we chose Achik Face Painting.
Achik is the
colloquial form for the term Pakcik/Makcik which means Aunt and Uncle in the
Malay language. Thus our blog, www.achikfacepainting.com was born. This helped
expand our presence in other parts of Malaysia besides the Klang Valley, such
as Pahang, Johor, Negri Sembilan, Perak, Sabah and Sarawak.
As demand picked
up, we started inviting our friends to join the Achik Face Painting, starting
with Che Zailawati in the year 2012, followed by Akhrif Khalil in 2013 and Teh
Amirah in 2017, as well as caricaturist Topek Taib in 2015.
We host an
impressive list of clients comprising government agencies, government-linked
companies, private firms, ministries and ministers, newspapers and local
celebrities. We have also received extensive media coverage in Malaysia Hari
Ini (TV3), Nasi Lemak Kopi-O (TV9), Harian Metro Online (link), Oh! My Media
(link), i-Sihat magazine (Utusan Melayu)
Apart from
face-painting, we also offer other services such as sand art, helium and bubble
balloons, caricature, clown, balloon and henna artists, bouncy castle, nail art
and customised party requirements. Our goal is to be a one-stop party centre
that can fulfil your dreams.
If you are
looking to be inspired by creative art, especially in face-painting, Achik Face
Painting is here to serve you through its wide experience and excellent quality
and pace of work. You are bound to be surprised by the wonderful memories you
will take home at the end of each party.
Think Happiness.
Think Achik Face Painting. The best face painter you might possibly ever
encounter.
__________________________________________________________________________
SIAPA KAMI
Satu hari sekitar
tahun 2010…
‘Aku ingat nak buat birthday party anak aku hujung bulan ni,
korang ada idea tak apa aktiviti yang menarik?’
‘Kau boleh panggil badut, bouncy castle, sand art… aku
tengok masa majlis hari jadi anak kawan aku hari tu, meriah jugak…’
‘Eh, korang berdua pandai melukis kan?’
‘Kenapa?’
‘Aku pernah tengok kat oversea, orang buat face painting
masa majlis hari jadi. Apa kata korang buat face painting nanti, barulah lain
dari yang lain!!!’
‘Face painting???????’
******
Itulah antara dialog awal antara pengasas Achik Face
Painting, Zakirah Mastura dan Hakam Rahmad bersama seorang kawan yang merancang
mengadakan satu majlis sambutan hari jadi anaknya di Shah Alam.
Melukis memang merupakan hobi yang kami minati sejak kecil.
Ianya merupakan terapi diri dan juga keseronokan buat mereka yang meminati hobi
ini. Selain hobi, melukis boleh mendatangkan pendapatan tambahan, bermula
dengan melukis kartun dan dijual sekitar 50 sen ke Seringgit sekeping kepada
rakan-rakan sekelas semasa zaman sekolah rendah, sehinggalah menerima beberapa
tempahan lukisan untuk hiasan di rumah ketika dewasa.
Medium pensil, charcoal, Akrilik, watercolour, dan pastel
merupakan sesuatu yang tidak asing bagi kami. Namun, apabila diminta untuk
membuat face painting, kami mula berfikir panjang. Banyak persoalan yang timbul
di dalam fikiran kami waktu itu. Dan yang paling membimbangkan, apakah medium
atau jenama yang sesuai untuk dilukis di atas kulit / muka seseorang
terutamanya kulit kanak-kanak?
Lebih kurang 1 minggu sebelum majlis bermula, kami membuat
carian melalui internet. Belajar bagaimana dan cara untuk melukis di atas muka,
apa material yang sesuai dan sebagainya. Melalui carian pada masa itu, tidak
banyak yang kami jumpa berkenaan face painting di Malaysia, masyarakat juga
majoritinya masih tidak tahu apakah itu face painting. Kebanyakannya info yang
kami dapat adalah dari negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan
Australia.
Kami pergi ke kedai-kedai seni di sekitar Lembah Kelang,
mencari berus, bekas air, dan yang paling penting, warna untuk melukis nanti.
Hasil carian kami, bukan tidak ada warna face painting di sini, tetapi ianya
amat berlainan daripada carian kami di internet berkenaan face painting di luar
negara.
Masa sudah suntuk, kami perlu teruskan juga memandangkan
kami sudah berjanji dengan kawan kami. Hendak membeli dari luar negara, sudah
tidak sempat. Lagipun, inilah peluang untuk kami mencari pengalaman pertama.
Walaupun material dan jenama tidak sama, kami tidak boleh berundur. Bak kata
pepatah, tidak ada rotan, akar pun berguna juga.
Pada hari kejadian, kami pun mula buka meja untuk melukis
kanak-kanak yang datang ke majlis tersebut. Perasaan bercampur baur antara
takut dan gembira. Maklumlah, nama pun kali pertama. Dikelilingi oleh para
ibu-bapa yang melihat, menambahkan kegelisahan di hati. Namun, kami perlu kekal
tenang.
Selepas tamat majlis tersebut, kami amat teruja dan seronok
melihat kanak-kanak yang gembira setelah siap dilukis. Kami mula sepakat untuk
memulakan perniagaan servis face painting ini secara serius. Kami mula menempah
material face painting secara dalam talian. Pada waktu itu, kami membeli dari
Amerika Syarikat.
Langkah seterusnya, apakah jenama yang kami akan gunakan?
Pada waktu itu, Hakam Rahmad mempunyai band yang diberi nama The Magix. Maka
kami putuskan nama The Magix Touch untuk perniagaan kami. Selain face painting,
kami juga menawarkan servis sand art sebagai nilai tambah kepada pelanggan
kami. Juga, perkhidmatan solekan yang dijalankan oleh Zakirah Mastura pada masa
itu dimasukkan di bawah jenama The Magix Touch.
Kami pun mula mengiklankan servis kami melalui facebook
kami, dan juga beberapa laman web iklan. Kawan-kawan terdekat antara pelanggan
terawal yang menyokong kami pada waktu itu, juga bertindak sebagai agen tidak
rasmi kami melalui perkongsian gambar-gambar majlis mereka di media-media
sosial.
Selepas beberapa ketika, kami mula rasakan perlu menukar
jenama kami supaya lebih mudah dikenali, lebih mesra kanak-kanak dan mudah
disebut. Idea nama Achik datang daripada panggilan anak buah ke atas Pakcik /
Makcik, yang akhirnya memberi kami idea untuk menjenamakan sebagai Achik Face
Painting sehingga kini.
Selain beriklan melalui laman-laman pengiklanan, kami juga
mula membuat blog iaitu http://www.achikfacepainting.blogspot.com
dan kini ditukar kepada www.achikfacepainting.com
Blog merupakan satu fenomena baru pada waktu tersebut dan
ianya banyak membantu kami untuk dikenali oleh masyarakat di Malaysia. Mula di
Lembah Kelang, hingga ke negeri-negeri lain seperti Pahang, Johor, Negeri
Sembilan, Perak serta Sabah dan Sarawak.
Atas sambutan yang memberangsangkan, kami mula menjemput
sahabat kami untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada pasukan Achik Face
Painting. Bermula dengan Che Zailawati pada tahun 2012, diikuti oleh Akhrif
Khalil pada 2013 dan Teh Amirah pada 2017 beserta seorang artis karikatur iaitu
Topek Taib pada 2015.
Antara yang pernah menjadi pelanggan kami selain
persendirian adalah syarikat-syarikat kerajaan, syarikat-syarikat swasta, GLC,
Menteri-menteri, parti-parti politik, juga tidak ketinggalan para selebriti.
Kami juga pernah mendapat liputan media seperti Malaysia
Hari Ini (TV3), Nasi Lemak Kopi-O (TV9), Harian Metro Online (link), Oh! My
Media (link), majalah i-Sihat (Utusan Melayu)
Selain face painting, kami juga menawarkan servis lain iaitu
sand art, belon helium, belon buih, karikatur, badut, artis belon, bouncy
castle, artis henna, nail art dan pelbagai lagi mengikut permintaan pelanggan.
Kami sedang menuju untuk menjadi one-stop party centre untuk memudahkan
pelanggan kami tanpa perlu berurusan dengan banyak pihak.
Jika ingin mendapatkan servis-servis yang kami sebutkan di
atas tadi terutamanya face painting, carilah Achik Face Painting. Berpengalaman
luas, pantas (SOP kami adalah di bawah 3 minit setiap orang dan maksimum 5
minit untuk design yang compicated), lukisan yang berkualiti, pasti akan
meninggalkan memori yang indah buat anda dan para tetamu.
Ingat face painting, ingat Achik Face Painting. The best
face painter in Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment